Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti

45. Kesalahan kerana mengubah suai tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Majlis

Feedback & support
(1)

Seseorang melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan atau menyebabkan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan, yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa akan apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milikan, jagaan atau kawalan Majlis.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

adalah tidak material bahawa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan tidak ditujukan kepada—

(i)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 45

(ii)

apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau

(iii)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;

(b)

adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara; dan

(c)

sesuatu pengubahsuaian, termasuk apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu, apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika—

(i)

maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;

(ii)

maklumat, statistik atau data baharu dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu;

atau

(iii)

apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Majlis untuk mendapat akses kepada maklumat, statistik atau data itu.

(3)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau dikenakan denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Kanun Keseksaan [Akta 574].

(4)

Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit, atau dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

(5)

Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, atau dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan pekerja

Report

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules