Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian VIII · Kesalahan dan Penalti

46. Section 46

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa tahap adalah bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan pertubuhan perbadanan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(a)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau tanpa dia membiarkannya sahaja; dan

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar bagi mencegah kesalahan itu daripada dilakukan.

(2)

Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan olehnya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran demikian yang dilakukan oleh mana-mana pekhidmat atau ejennya, atau oleh pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 47

(a)

oleh pekerja orang itu dalam penjalanan urusan pekerjaan pekerja itu;

(b)

oleh ejen yang bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam penjalanan urusan pekerjaan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Report

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules