Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian VI · Pengeluaran Caruman
54A. Pembayaran dividen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga
Feedback & supportJika apa-apa amaun—
(a)
dikeluarkan daripada Kumpulan Wang di bawah subseksyen 53B(2), seksyen 54, 54C, 55A atau 58B,
Lembaga hendaklah membayar dividen ke atas apa-apa amaun yang dikeluarkan atau mengkreditkan apa-apa dividen ke atas amaun yang dikeluarkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 81
dan
(b)
dibayar daripada Kumpulan Wang di bawah seksyen 56,
Lembaga hendaklah membayar dividen ke atas apa-apa amaun yang dikeluarkan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.