Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Pengeluaran Caruman

55B. Caruman kepada dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 55A, apa-apa caruman yang telah dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang selepas ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun hanya boleh dikeluarkan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 83

apabila ahli itu mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(2)

Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang lebih tinggi, untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun yang tergolong dalam kategori ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan 54(1)(c) atau (e) atau perenggan 70C(1)(b) atau (c).

Report

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules