Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian VI · Pengeluaran Caruman

58B. Pengambilan polisi insurans

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli

Kumpulan Wang untuk menggunakan apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu bagi tujuan untuk mengambil polisi insurans yang ditentukan oleh Lembaga daripada syarikat insurans yang diluluskan oleh Menteri tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.

(2)

Jika Lembaga telah membenarkan permohonan ahli Kumpulan

Wang di bawah subseksyen (1), tiada dividen sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27 boleh dibayar ke atas amaun yang dipindahkan kepada syarikat insurans itu.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang merupakan pekerja berpencen dan pekerja yang bukan warganegara

Malaysia.

Report

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules