Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian VI · Pengeluaran Caruman

58. Bayaran amaun tambahan

Feedback & support
(1)

Jika kebenaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 54(1)(a) telah diberikan, Lembaga mempunyai budi bicara untuk membayar suatu amaun tambahan yang dinyatakan dalam

Jadual Kelima tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(1A)

(Dipotong oleh Akta A1300).

(2)

Jika kebenaran bagi pengeluaran telah diberikan di bawah perenggan 54(1)(c), Lembaga mempunyai budi bicara untuk membayar suatu amaun tambahan yang dinyatakan dalam

Jadual Keenam tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(3)

Seseorang ahli Kumpulan Wang tidak boleh dibayar amaun tambahan di bawah subseksyen (2) atas apa-apa pengeluaran berikutnya di bawah perenggan 54(1)(c).

Report

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules