Seksyen 56
Pelepasan caruman majikan
of Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
Lembaga, selepas menerima suatu pemberitahuan secara bertulis daripada majikan seseorang pekerja berpencen yang menyatakan bahawa pekerja berpencen tersebut telah meninggal dunia dalam perkhidmatan atau akan bersara atas alasan mencapai umur persaraan yang terpakai bagi pekerja berpencen itu atau atas apa-apa alasan lain dan membuat permintaan bagi pengembalian jumlah wang yang bersamaan dengan caruman majikan yang telah dihantar kepada
Kumpulan Wang berkenaan dengan pekerja berpencen itu oleh
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau daripada semua majikan tersebut bagi pekerja berpencen itu, bersama-sama dengan apa-apa dividen yang dikreditkan ke atasnya, boleh membayar kepada
Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah seksyen 3
Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 [Akta 454], amaun tersebut bersama-sama dengan dividen yang dikreditkan ke atasnya dan kemudiannya amaun yang berada pada kredit pekerja berpencen itu dalam Kumpulan Wang hendaklah amaun yang telah dikurangkan dari tarikh tersebut.
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), apabila Lembaga telah membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang membuat pengeluaran di bawah subseksyen 54C(1) dan (2), Lembaga bolehlah membayar sejumlah wang yang bersamaan dengan caruman majikan ahli itu yang diremitkan ke dalam Kumpulan Wang berkenaan dengan ahli itu ke dalam Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991.