Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian V · Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan
84. Perkara untuk diputuskan oleh Jemaah
Feedback & supportJika terbit apa-apa soal atau pertikaian tentang—
sama ada seseorang itu adalah seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini atau sama ada orang itu bertanggungan membayar caruman pekerja;
kadar gaji atau gaji harian purata seseorang pekerja bagi maksud Akta ini;
kadar caruman yang kena dibayar oleh majikan utama bagi seseorang pekerja;
seseorang yang menjadi atau telah menjadi majikan utama bagi seseorang pekerja;
hak seseorang untuk mendapat apa-apa faedah dan tentang banyak dan lama tempoh faedah itu;
apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan di bawah seksyen 35 dan 36 mengenai sesuatu kajian semula apa-apa bayaran pencen ilat atau faedah orang tanggungan atau pencen penakat; atau
(Dipotong oleh Akta A590);
apa-apa perkara lain yang dipertikaikan antara seseorang majikan utama dengan Pertubuhan, atau antara seseorang majikan utama dengan seseorang majikan langsung, atau antara seseorang dengan Pertubuhan atau antara seseorang pekerja dengan seseorang majikan utama atau majikan langsung, berkenaan dengan apa-apa caruman atau faedah atau bayaran-bayaran lain yang kena dibayar atau boleh dituntut di bawah Akta ini, atau apa-apa perkara lain yang dikehendaki diputuskan atau boleh diputuskan oleh Jemaah di bawah Akta ini, soal atau pertikaian itu, tertakluk pada subseksyen (3), hendaklah diputuskan oleh Jemaah mengikut Akta ini.
Keselamatan Sosial Pekerja 87
Tertakluk pada subseksyen (3), tuntutan yang berikut hendaklah diputuskan oleh Jemaah, iaitu:
tuntutan untuk mendapatkan balik caruman daripada majikan utama;
tuntutan oleh seseorang majikan utama untuk mendapatkan balik caruman daripada seseorang majikan langsung;
(Dipotong oleh Akta A590);
tuntutan ke atas seseorang majikan utama di bawah seksyen 48;
tuntutan di bawah seksyen 50 untuk mendapatkan balik nilai atau banyaknya faedah yang diterima oleh seseorang manakala dia tidak berhak dengan sah kepadanya; dan
apa-apa tuntutan untuk mendapatkan balik apa-apa faedah yang dibenarkan di bawah Akta ini.
Jika terbit dalam apa-apa prosiding di hadapan Jemaah soal keilatan atau hilang upaya dan keputusan sesuatu jemaah doktor atau jemaah doktor rayuan belum didapati mengenainya manakala keputusan atas soal itu adalah perlu untuk menentukan tuntutan atau soal itu di hadapan Jemaah, Jemaah hendaklah mengarahkan
Pertubuhan supaya mendapatkan soal itu diputuskan menurut Akta ini dan kemudiannya hendaklah menentukan tuntutan atau soal di hadapannya mengikut keputusan jemaah doktor atau jemaah doktor rayuan.
Tiada sesuatu Mahkamah Sivil jua berkuasa memutuskan atau menguruskan apa-apa soal atau pertikaian yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) atau membuat keputusan atas apa-apa tanggungan yang, menurut Akta ini, kena diputuskan oleh Jemaah.
Tiada sesuatu Mahkamah Sivil jua berkuasa memutuskan atau menguruskan apa-apa soal atau pertikaian yang, menurut Akta ini, kena diputuskan oleh suatu jemaah doktor atau suatu jemaah doktor rayuan.
88
Undang-Undang Malaysia