Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian V · Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan
87. Kuasa Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
Feedback & supportJemaah mempunyai segala kuasa seseorang Hakim
Mahkamah Sesyen bagi maksud mengeluarkan saman dan memaksa kehadiran saksi, penzahiran, pengemukaan suratan dan benda-benda mustahak, mentadbirkan sumpah dan merekodkan keterangan.
Jemaah hendaklah mematuhi apa-apa tatacara sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan.
Segala belanja bersabit dengan apa-apa prosiding di hadapan sesuatu Jemaah hendaklah, tertakluk pada apa-apa peraturan sebagaimana yang dibuat bagi maksud ini, mengikut budi bicara
Jemaah.
Sesuatu perintah
Jemaah hendaklah dikuatkuasakan seolah-olah ia adalah suatu hukuman Mahkamah Sesyen walaupun perintah itu ialah berkenaan dengan jumlah wang yang lebih daripada apa yang Mahkamah tersebut berkuasa membuatnya.