Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian V · Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan
86. Pemulaan prosiding
Feedback & supportProsiding di hadapan sesuatu Jemaah hendaklah dimulakan dengan permohonan.
Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh alasan tindakan terbit.
Bagi maksud subseksyen (2)—
alasan tindakan bagi sesuatu tuntutan faedah tidak boleh disifatkan sebagai terbit melainkan jika orang berinsurans itu atau dalam hal faedah orang tanggungan atau pencen penakat, orang tanggungan orang berinsurans itu atau, dalam hal faedah pengurusan mayat, orang yang menuntut itu, menuntut faedah itu mengikut peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud itu dalam tempoh dua belas bulan selepas tuntutan kena ditunaikan atau dalam tempoh yang selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Jemaah atas alasan yang pada pendapatnya berpatutan;
alasan tindakan bagi sesuatu tuntutan oleh Pertubuhan untuk mendapatkan caruman daripada majikan utama atau
Keselamatan Sosial Pekerja 89
sesuatu tuntutan oleh majikan utama untuk mendapatkan caruman daripada seseorang majikan langsung tidak boleh disifatkan sebagai terbit hingga tarikh yang padanya atau sebelumnya keterangan mengenai caruman yang telah dibayar genap masanya untuk diterima oleh Pertubuhan menurut peraturan-peraturan;
tiap-tiap permohonan itu hendaklah mengikut bentuk dan hendaklah mengandungi butir-butir dan hendaklah disertai dengan bayaran, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan.