Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian V · Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan
89. Faedah tidak boleh dibenarkan melainkan jika dituntut dalam masa yang sepatutnya
Feedback & supportSesuatu Jemaah tidak boleh mengarahkan pembayaran apa-apa faedah kepada seseorang melainkan jika orang itu telah membuat tuntutan untuk faedah itu mengikut peraturan yang dibuat bagi maksud itu dan seksyen 86:
Dengan syarat bahawa jika Jemaah berpuas hati bahawa ada sebab yang berpatutan mengapa tuntutan tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, Jemaah boleh mengarahkan pembayaran faedah itu seolah-olah tuntutan telah dibuat dalam masa yang sepatutnya.