Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian V · Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

85. Memulakan prosiding, dsb

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini dan peraturan yang dibuat di bawahnya, semua prosiding di hadapan Jemaah hendaklah dimulakan pada Lembaga yang dilantik bagi kawasan tempat orang berinsurans itu bekerja pada masa soal atau pertikaian itu terbit.

(2)

Menteri boleh memindahkan apa-apa perkara yang belum selesai di hadapan mana-mana Jemaah di sesuatu Negeri atau kawasan kepada mana-mana Jemaah seperti itu di suatu Negeri atau kawasan lain.

(3)

Jemaah yang kepadanya apa-apa perkara dipindahkan di bawah subseksyen (2) hendaklah meneruskan prosiding itu seolah-olah prosiding telah dimulakan pada asalnya padanya.

Report

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules