Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa Mengumpulkan Maklumat

38. Kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat, dsb

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang—

(a)

mempunyai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa

Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini,

Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan orang itu—

(A)

supaya memberikan apa-apa maklumat atau butir-butir sedemikian kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan bentuk dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(B)

supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Suruhanjaya;

(C)

supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan supaya mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(D)

jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

Undang-Undang Malaysia 38

(E)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan itu untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; atau

(F)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya.

(2)

Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

(3)

Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian,

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 39

termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain yang akan menjadikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu tidak benar atau mengelirukan.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Report

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules