Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VIII · Kuasa Mengumpulkan Maklumat
39. Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen
Feedback & supportSuruhanjaya boleh mengambil dan memegang simpan selama apa-apa tempoh masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya, mana-mana dokumen yang diperoleh di bawah
Bahagian ini.
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperaku sah oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan benar dokumen itu.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, salinan yang diperaku sah dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
Sehingga suatu salinan yang diperaku sah dokumen itu dibekalkan, Suruhanjaya hendaklah, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Suruhanjaya, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seseorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu secepat yang dapat dilaksanakan.
Undang-Undang Malaysia 40