Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VIII · Kuasa Mengumpulkan Maklumat
40. Akses kepada rekod
Feedback & support(1)
Seseorang hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta oleh Suruhanjaya melalui notis bertulis, membenarkan Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam notis bertulis itu, untuk mendapat akses kepada rekodnya bagi maksud menjalankan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.