Federal Territory (Planning) Act 1982 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IX · Kawasan Tindakan dan Kawasan Pembangunan
49. Datuk Bandar boleh menggaji ejen, membuat perkiraan dan menubuhkan perbadanan
Feedback & supportBagi maksud memajukan sesuatu kawasan pembangunan pada menunaikan kewajipannya di bawah Bahagian ini, Datuk
Bandar dengan kelulusan Menteri boleh melantik atau menggaji ejen, dan membuat perkiraan untuk bersama mendapat keuntungan, menyatukan kepentingan, bekerjasama, usaha niaga bersama, atau konsesi bersaling dengan mana-mana orang, syarikat atau badan.
Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Datuk Bandar, untuk memajukan, menjalankan dan mengawal, mengelola dan menguruskan sesuatu projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Datuk Bandar pada menunaikan kewajipannya di bawah Bahagian ini untuk memajukan sesuatu kawasan pembangunan.
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan―
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
keanggotaan perbadanan;
kewajipan, kuasa, dan hak perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan;
pembiayaan perbadanan;
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
akaun yang hendak disimpan oleh perbadanan dan hal mengauditnya;
hubungan antara perbadanan dengan Datuk Bandar dan hak kawalannya ke atas perbadanan; dan
meterai perbadanan perbadanan.