Skip to content

Seksyen 59

Penalti kerana menggangu tanda

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 59 of 66
Seksyen 59

Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran Datuk Bandar, dengan sengaja memusnahkan, merosakkan, mencemar, mengalih, atau mengganggu secara lain sesuatu tanda yang ditempatkan atau didirikan bagi maksud menunjukkan sesuatu aras atau arah yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan―

(a)

boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi daripada satu tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

boleh, selain daripada atau sebagai ganti penalti itu, diperintahkan supaya membayar kepada Datuk Bandar sejumlah wang, yang boleh didapatkan sebagai denda, tidak lebih daripada tiga kali ganda kos bagi memperbaiki atau menempatkan semula tanda itu dan membuat apa-apa kerja ukur yang menjadi perlu oleh sebab perbuatan yang berkenaan dengannya dia disabitkan.