Skip to content

Seksyen 48

Kuat kuasa perisytiharan

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 48 of 66
Seksyen 48

(1)

Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen 47 hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu perisytiharan pengambilan yang dicadangkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 mengenai semua tanah yang diberi hakmilik yang terletak dalam kawasan yang dimaksudkan oleh perisytiharan itu dan mana-mana daripada tanah itu boleh, jika Datuk Bandar tidak berjaya merundingi pembelian tanah itu atas syarat yang dapat diterima oleh Datuk Bandar, diambil dan dibayar mengikut Akta tersebut.

(2)

Bagi maksud Akta tersebut―

(a)

mana-mana tanah yang dicadang hendak diambil menurut

Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh

Datuk Bandar;

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 61

(b)

Datuk Bandar hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja yang bersifat kemudahan awam; dan

(c)

tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang disebut dalam perenggan 3(b) Akta itu.