Seksyen 54
Pengesahan dokumen
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
(1)
Tiap-tiap pelan termasuk peta, perintah pembangunan, perintah, permit atau notis termasuk notis penguatkuasaan atau notis permintaan, yang disediakan, dikeluarkan, dibuat atau disampaikan
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
oleh Datuk Bandar di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini hendaklah disahkan dengan tandatangan Datuk Bandar atau seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Datuk Bandar.
(2)
Sesuatu perakuan yang ditandatangani oleh Datuk Bandar memperakui bahawa apa-apa dokumen yang berupa sebagai disediakan, dikeluarkan, dibuat atau disampaikan olehnya telah disediakan, dikeluarkan, dibuat atau disampaikan sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang diperakui sedemikian itu.