Seksyen 66
Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
Walau apa pun seksyen 17 *Akta Perbadanan Pembangunan
Bandar 1971 [Akta 46], berhubungan dengan kawasan Wilayah
Persekutuan sahaja, jika Menteri yang diperihalkan dalam Akta tersebut mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Wilayah
Persekutuan sebagai Kawasan Pembangunan Bandar, melalui pemberitahuan dalam Warta, pengisytiharan tersebut tidak berkuat kuasa dan mempunyai kesan melainkan dengan persetujuan Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan.
* CATATAN – Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 [Akta 46] telah dimansuhkan oleh
Akta Perbadanan Pembangunan Bandar (Pembubaran) 1996 [Akta 547].
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
(2)
Jika mana-mana kawasan di dalam Wilayah Persekutuan telah diisytiharkan sebagai sedemikian di bawah subseksyen (1), maka tugas dan kuasa yang diberikan di bawah dan kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini hendaklah dijalankan dan dilaksanakan oleh
Perbadanan Pembangunan Bandar dan Datuk Bandar hendaklah terhenti daripada menjalankan tugas dan kuasa itu dan daripada melaksanakan kewajipan itu.
(4)
Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuat kuasanya peruntukan seksyen ini dan mana-mana perintah itu boleh dibuat supaya berkuat kuasa daripada mulanya perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1).
75
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 267
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
76
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 267
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –