Seksyen 62
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
Seksyen 62
(1)
Jika Datuk Bandar, pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini telah menanggung perbelanjaan dan kos yang di bawah Akta ini kena dibayar atau boleh dituntut daripada seseorang, maka orang itu hendaklah menanggung rugi dan sentiasa menanggung rugi Datuk Bandar terhadap apa-apa tuntutan, ganti rugi, kerugian atau permintaan yang mungkin dibawa terhadap Datuk
Bandar dalam sesuatu tindakan atau prosiding yang terbit daripada dan bersampingan dengan penjalanan kuasa itu.
(2)
Tiada apa-apa perbuatan atau perkara atau benda yang dilakukan oleh Datuk Bandar, ahli Lembaga Rayuan atau
Jawatankuasa, dan mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau ejen boleh, jika perbuatan, perkara atau benda itu dilakukan bona fide bagi maksud melaksanakan Akta ini, menjadikan mereka sendiri tertakluk kepada apa-apa tindakan, tanggungan, tuntutan atau permintaan.