Skip to content

Seksyen 58

Pelupusan barang yang dipindah oleh Datuk Bandar

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 58 of 66
Seksyen 58

(1)

Apa-apa barang, kereta atau benda yang dipindahkan dari mana-mana bangunan atau tanah oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 29 hendaklah ditahan atas risiko pemunya atau orang yang menyalahi sehingga perbelanjaan bagi pemindahan dan penahanan dibayar.

(2)

Jika tidak ada tuntutan terhadap barang, kereta atau benda itu maka barang, kereta atau benda itu boleh dijual melalui lelong awam atau, jika pada pendapat Datuk Bandar hal keadaan memerlukan, barang, kereta atau benda itu boleh dijual selainnya atau dilupuskan tanpa dijual.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 267

(3)

Wang yang didapati daripada jualan itu boleh disimpan oleh

Datuk Bandar dan digunakan bagi atau terhadap perbelanjaan yang dilakukan dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar apabila dituntut kepada pemunya barang, kereta atau benda itu.

(4)

Jika lebihan itu tidak dituntut dalam tempoh dua tahun ia hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang Datuk Bandar.