Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian V
28. Kehendak bagi perakuan bomba
Feedback & supportTiap-tiap premis ditetapkan hendaklah menghendaki suatu perakuan bomba.
Suatu perakuan bomba boleh dibaharui setiap tahun.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi premis yang disediakan bagi, dan digunakan semata-mata atau terutamanya untuk, tempat sembahyang awam, atau premis yang terdiri daripada atau termasuk di dalam rumah yang dihuni sebagai tempat kediaman persendirian tunggal:
Dengan syarat bahawa jika pada pendapat Ketua Pengarah terdapat apa-apa bahaya kebakaran di dalam premis yang disebut dalam subseksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki premis itu dikenakan pemeriksaan berkala dan apa-apa arahan yang perlu boleh diberikan kepada pemunya premis itu bagi pematuhan wajar peruntukan Akta ini.