Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian V

29. Permohonan bagi, dan pengeluaran, perakuan bomba

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah dibuat kepada

Ketua Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

(2)

Apabila permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan diterima, Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon, dalam masa yang dinyatakan, mengemukakan kepadanya apa-apa pelan premis itu dan apa-apa butir lain yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakannya.

(3)

Jika pemohon tidak mengemukakan pelan yang dikehendaki dan butir-butir berkaitan itu dalam masa yang dinyatakan, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.

(4)

Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sewajarnya, Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan itu, dan apabila berpuas hati bahawa terdapat kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubung dengan penggunaan premis ditetapkan itu,

Perkhidmatan Bomba 31

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan.

(5)

Jika Ketua Pengarah, selepas menyebabkan supaya dijalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (4) ke atas premis yang berkaitan, tidak berpuas hati bahawa wujudnya apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubung dengan penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang disebut terdahulu, dia hendaklah, dengan menyampaikan notis kepada pemohon, memberitahu pemohon itu tentang kehendak yang perlu dipatuhi dalam masa yang dinyatakan sebelum perakuan bomba itu boleh dikeluarkan kepada pemohon itu.

(6)

Dalam seksyen ini, “pemohon” ertinya pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan.

Report

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules