Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian V

35. Kuasa mahkamah untuk melarang atau menyekat penggunaan premis tertentu

Feedback & support
(1)

Undang-Undang Malaysia 34

disekat sehingga langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan risiko itu ke paras yang berpatutan, Ketua Pengarah boleh, dengan cara suatu aduan, memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah larangan.

(2)

Apabila aduan dan permohonan bagi perintah larangan di bawah subseksyen (1) diterima, mahkamah hendaklah menyampaikan notis dalam Borang E dalam Jadual Pertama kepada pemunya atau penghuni premis itu, atau kedua-duanya, meminta mereka menunjukkan sebab kenapa suatu perintah larangan tidak patut dibuat; dan jika sebabnya tidak ditunjukkan oleh sama ada pemunya atau penghuni itu atau kedua-duanya, mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang melarang atau menyekat penggunaan premis itu.

(3)

Sesuatu perintah larangan hendaklah dalam Borang F dalam

Jadual Pertama dan hendaklah disampaikan kepada kedua-dua pemunya dan penghuni premis yang berkenaan.

(4)

Apabila dipohon oleh pemunya atau penghuni premis bagi pembatalan perintah larangan atau apabila diberitahu oleh Ketua

Pengarah bahawa risiko telah dikurangkan ke paras yang berpatutan, mahkamah, jika berpuas hati bahawa premis yang berkenaan dengannya suatu perintah larangan sedang berkuat kuasa tidak akan mendatangkan apa-apa risiko yang serius kepada manusia atau harta jika berlaku kebakaran, boleh membatalkan perintah larangan itu.

(5)

Mana-mana orang yang tanpa alasan munasabah dengan disedarinya melanggar suatu perintah larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kuasa Ketua Pengarah untuk memerintahkan kegiatan dihentikan dalam kes mendesak 35a. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, jika

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—

(a)

Perkhidmatan Bomba 35

(b)

kelewatan dalam memohon dan mendapatkan suatu perintah larangan di bawah subseksyen 35(2) akan dengan nyatanya meningkatkan risiko pada nyawa atau harta itu, dia boleh, melalui perintah, mengarahkan pemunya atau penghuni premis itu supaya menghentikan kegiatan itu.

(2)

Sesuatu perintah untuk menghentikan kegiatan hendaklah dalam Borang G dan hendaklah disampaikan kepada kedua-dua pemunya dan penghuni premis itu.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah

Ketua Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Rayuan terhadap perintah Ketua Pengarah untuk menghentikan kegiatan 35b. (1) Seseorang pemunya atau penghuni yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perintah supaya menghentikan kegiatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 35a(1) boleh, dalam masa sepuluh hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.

(2)

Sesuatu rayuan terhadap perintah supaya menghentikan kegiatan tidak boleh berkuat kuasa sebagai suatu penggantungan pelaksanaan, tetapi mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila ditunjukkan sebab yang mencukupi, membenarkan penggantungan pelaksanaan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Report

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules