Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian V

32. Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran

Feedback & support
(1)

Selagi suatu perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana premis, Ketua Pengarah boleh menyebabkan mana-mana bahagian premis yang berkaitan diperiksa pada bila-bila masa yang munasabah bagi maksud menentukan sama ada terdapat perubahan keadaan yang disebabkan olehnya kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran telah menjadi tidak mencukupi berhubung dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan itu.

Undang-Undang Malaysia 32

(2)

Jika penghuni mana-mana premis ditetapkan bercadang untuk membuat sesuatu perubahan material pada premis itu semasa suatu perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengannya, dia hendaklah, sebelum pelaksanaan cadangan itu dimulakan, memberikan notis mengenai cadangan itu kepada Ketua Pengarah; dan jika pelaksanaan cadangan itu dimulakan tanpa notis sedemikian diberikan, penghuni itu melakukan suatu kesalahan.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana-mana premis yang mengenainya notis di bawah subseksyen (2)

telah diberikan kepadanya, bahawa pelaksanaan cadangan yang diberitahu itu akan mengakibatkan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang disebut dalam subseksyen (1) menjadi tidak mencukupi berhubung dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan bomba yang berkaitan, Ketua Pengarah boleh melalui notis yang disampaikan kepada penghuni itu memberitahunya mengenai langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang berkenaan itu menjadi tidak mencukupi sekiranya cadangan itu dilaksanakan dan, jika langkah-langkah itu diambil dengan sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan cadangan itu,

Ketua Pengarah hendaklah meminda perakuan bomba itu atau, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan perakuan yang baharu.

(4)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana-mana premis yang mengenainya suatu perakuan bomba sedang berkuat kuasa, bahawa mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang disebut dalam subseksyen (1) telah, akibat sesuatu perubahan keadaan, menjadi tidak mencukupi berhubung dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan itu, Ketua Pengarah boleh melalui notis yang disampaikan kepada penghuni—

(a)

memberitahunya tentang hakikat itu dan mengarahkannya supaya mengambil apa-apa langkah yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah untuk menjadikan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang berkenaan itu mencukupi; dan

(b)

memberitahunya bahawa jika langkah-langkah itu tidak diambil, perakuan bomba itu boleh dibatalkan,

Perkhidmatan Bomba 33

dan jika langkah-langkah itu diambil dengan sewajarnya hendaklah, jika perlu, meminda perakuan bomba itu atau, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan perakuan yang baharu.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan (4)(a) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules