Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian V
36. Rayuan terhadap perintah larangan atau keengganan untuk membuat perintah larangan
Feedback & support(1)
Mana-mana pemunya atau penghuni yang tidak berpuas hati dengan perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen 35(2)
boleh, dalam masa sepuluh hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.
(2)
Jika mahkamah enggan membuat perintah larangan,
Ketua Pengarah boleh, dalam masa sepuluh hari dari keputusan mahkamah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Undang-Undang Malaysia 36
(3)
Suatu rayuan terhadap perintah larangan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan, membenarkan penggantungan pelaksanaan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.