Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian V · Penjalanan Perolehan
35. Larangan mengenai pemindahan, dsb., pemberian atau kontrak perolehan Kerajaan
Feedback & supportTiada mana-mana orang berdaftar boleh memindahkan, menyerahhakkan atau membuat novasi dalam apa-apa cara suatu pemberian atau kontrak yang diawardkan di bawah Akta ini, sepenuhnya atau sebahagiannya, atau apa-apa kepentingan dalam suatu pemberian atau kontrak yang diawardkan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang dalam apa-apa cara tanpa kelulusan pegawai pengawal yang bertanggungjawab bagi perolehan Kerajaan itu terlebih dahulu.
Perolehan Kerajaan 41
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada tiga kali nilai pemberian atau kontrak yang diawardkan di bawah Akta ini atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.