Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian VII

43. Tindakan berdasarkan dapatan laporan penilaian pematuhan

Feedback & support
(1)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, selepas menerima laporan penilaian pematuhan yang dikemukakan di bawah seksyen 42, mengkaji semula dan menilai laporan itu dan merekodkan dapatannya.

(2)

Jika Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa, berdasarkan dapatannya, terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu ketidakpatuhan atau pelanggaran Akta ini telah atau mungkin telah berlaku, tindakan yang berikut boleh diambil:

(a)

dalam hal suatu ketidakpatuhan mana-mana arahan, pekeliling atau garis panduan oleh mana-mana pegawai pengawal atau pegawai perolehan, Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesyorkan tindakan terhadap pegawai tersebut mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan perkhidmatan awam;

atau

(b)

dalam hal suatu perlanggaran Akta ini, Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyiasat kesalahan-kesalahan dan mengambil tindakan mengikut Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 48

Report

Bahagian VIII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules