Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian VII

41. Kuasa untuk menghendaki maklumat

Feedback & support
(1)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana pegawai pemantauan boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang mentadbir, menjalankan atau melaksanakan perolehan Kerajaan untuk memberikan apa-apa penjelasan, maklumat, dokumen atau rekod yang berhubungan dengan perolehan Kerajaan yang ditadbir, dijalankan atau dilaksanakan dalam tempoh dan dalam bentuk dan cara yang dinyatakan dalam notis secara bertulis itu.

(2)

Mana-mana orang yang dikehendaki untuk memberikan penjelasan, maklumat, dokumen atau rekod di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa penjelasan, maklumat, dokumen atau rekod yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan suatu representasi nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat lain yang mungkin dapat menjadikan penjelasan, maklumat, dokumen atau rekod yang diberikan itu palsu atau mengelirukan.

Perolehan Kerajaan 47

Report

Bahagian VIII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules