Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

83. Tanggungan pengarah, dsb., pertubuhan perbadanan, dsb

Feedback & support

Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah

Akta ini ialah sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu atau telah membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu; dan

Perolehan Kerajaan 75

(b)

jika pertubuhan perbadanan, firma, koperasi atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii)

bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Report