Skip to content

Seksyen 16

Penerusan pelindungan

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 16 of 97
Seksyen 16
(1)

Suri rumah berinsurans yang carumannya telah dipilih untuk dibayar oleh suaminya hendaklah terus dilindungi di bawah

Akta ini sehingga tamat tempoh caruman itu—

(a)

jika suri rumah berinsurans dan suami bercerai;

(b)

dalam keadaan berlaku kematian suami itu; atau

Keselamatan Sosial Suri Rumah 23

(c)

dalam keadaan suami itu tidak berupaya untuk membayar caruman yang dia telah memilih untuk membayar disebabkan oleh kehilangan pendapatan, atau kerana apa-apa sebab lain.

(2)

Apabila tamat tempoh caruman yang disebut dalam subseksyen (1), suri rumah itu hendaklah mempunyai pilihan untuk meneruskan pembayaran caruman kepada Pertubuhan mengikut subseksyen 15(2).