Seksyen 18
Penentuan aktiviti yang berhubungan dengan pengurusan rumah tangga
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Pertubuhan boleh, berdasarkan apa-apa maklumat atau keterangan yang ada pada Pertubuhan, menentukan sama ada apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana suri rumah berinsurans di bawah Akta ini berhubung dengan pengurusan rumah tangga.
(2)
Semua tuntutan bagi faedah berhubung dengan bencana domestik, hendaklah bencana yang dialami dalam tempoh caruman dan Pertubuhan hendaklah menolak tuntutan itu jika bencana domestik itu bukan dalam tempoh caruman.
(3)
Semua tuntutan bagi faedah berhubung dengan keilatan, hendaklah keilatan yang dihidap dalam tempoh pelindungan dan
24
Undang-Undang Malaysia
Pertubuhan hendaklah menolak tuntutan itu jika keilatan yang dihidap bukan dalam tempoh pelindungan.