Seksyen 17
Bukti perkahwinan
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
ActIn forceProvision 17 of 97
Seksyen 17
(1)
Tiap-tiap suri rumah atau suami kepada suri rumah hendaklah mengemukakan kepada Pertubuhan bukti perkahwinan apabila pendaftaran atau pada bila-bila masa sebagaimana yang dikehendaki oleh Pertubuhan bagi maksud Akta ini.
(2)
Pertubuhan hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki mana-mana suri rumah untuk mengemukakan bukti perkahwinan dan merujuk apa-apa maklumat atau pertanyaan kepada mana-mana pihak berkuasa atau pihak yang relevan dengan status perkahwinan suri rumah itu.