Seksyen 19
Kuasa untuk melantik ejen
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
ActIn forceProvision 19 of 97
Seksyen 19
(1)
Pertubuhan boleh melantik apa-apa bilangan ejen tertakluk pada apa-apa terma dan syarat untuk memungut dan menerima bayaran caruman bagi pihak Pertubuhan.
(2)
Ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, memaklumkan kepada Pertubuhan waktu dan tarikh sebenar bayaran caruman dibuat oleh atau bagi pihak suri rumah berinsurans.
(3)
Mana-mana ejen yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.