Seksyen 88
Kuasa Pertubuhan untuk menubuhkan atau mengambil alih syarikat
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Pertubuhan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, menubuhkan atau mengambil alih mana-mana syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan, mentadbir, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, rancangan, perusahaan atau apa-apa perkara lain yang telah dirancang atau diusahakan oleh Pertubuhan bagi maksud Akta.
(2)
Pertubuhan boleh memberi arahan kepada syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) mengenai perkara yang berhubungan dengan pentadbiran, kewangan dan operasi syarikat itu yang selaras dengan peruntukan
Akta ini, dan syarikat itu hendaklah melaksanakan arahan itu.