Skip to content

Seksyen 97

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 97 of 97

Seksyen 97

(1)

Pertubuhan boleh menggalakkan langkah atau bekerjasama dengan mana-mana institusi yang sedia ada bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah dan bagi pemulihan suri rumah berinsurans yang telah hilang upaya atau cedera dan boleh melakukan perbelanjaan, berkenaan dengan langkah itu, daripada Kumpulan Wang mengikut had yang sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), kerjasama itu hendaklah tidak mewujudkan apa-apa faedah selain yang diberikan di bawah Akta ini.

(3)

Langkah di bawah subseksyen (1) boleh termasuk pemberian anggota badan buatan dan alat di bawah keadaan yang sesuai dan rumah betah atau rumah perlindungan.