Skip to content

Seksyen 90

Pelupusan dokumen selepas lebih daripada tiga tahun

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 90 of 97
Seksyen 90
(1)

Ketua Pengarah boleh membenarkan apa-apa dokumen berasaskan kertas kepunyaan Pertubuhan untuk disalinkan dalam perantaraan elektronik dengan apa-apa cara bagi memastikan bahawa imej tepat dokumen itu dapat dilihat, dihasilkan semula dan disalinkan.

(2)

Jika dokumen berasaskan kertas telah disalinkan mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan dokumen berasaskan kertas itu selepas habisnya tempoh tiga tahun dari pembuatan salinan elektronik itu.

(3)

Salinan dokumen berasaskan kertas yang disimpan dalam suatu perantaraan elektronik mengikut subseksyen (1) boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya mengikut seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56].