Skip to content

Seksyen 93

Syor Jawatankuasa untuk menyemak semula Skim

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 93 of 97
Seksyen 93
(1)

Jawatankuasa boleh, apabila terdapat perubahan substansial dalam aras umum pendapatan akibat daripada perubahan substansial dalam kos sara hidup atau kemampanan Kumpulan Wang, memeriksa keadaan itu berasaskan penilaian aktuari dan dengan kelulusan

Lembaga, membuat syor kepada Menteri bagi menyelaraskan Skim

Keselamatan Sosial Suri Rumah 71

untuk mengekalkan nilai sebenar faedah wang tunai tertentu dan bagi memastikan kemampanan Kumpulan Wang.

(2)

Syor Jawatankuasa yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

hendaklah disertakan dengan laporan aktuari;

(b)

hendaklah mengambil kira dasar sosial Kerajaan; dan

(c)

boleh termasuk—

(i)

cadangan bagi kadar caruman dibayar terlebih dahulu yang baharu;

(ii)

cadangan bagi perubahan kadar faedah wang tunai tertentu; dan

(iii)

pelanjutan atau pemotongan jenis faedah.