Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Lembaga
10A. Lembaga boleh bertindak sebagai ejen pemungutan
Feedback & support(1)
Walau apa pun seksyen 10, Lembaga boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan dan membuat peraturan-peraturan berhubung dengan pemungutan bayaran balik itu.