Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Lembaga
13. Perwakilan kuasa
Feedback & supportLembaga boleh mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 12, mana-mana daripada fungsinya sebagaimana yang disifatkannya perlu atau dikehendaki.
Apa-apa fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini—
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 533
boleh diwakilkan sedemikian tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara am atau khas oleh Lembaga;
hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Tiada perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghalang Lembaga itu sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang diwakilkan sedemikian.