Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Lembaga
12. Pelantikan jawatankuasa
Feedback & supportBagi maksud melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan jika difikirkannya perlu, apa-apa jawatankuasa dan dengan apa-apa bidang tugas yang dinyatakan.
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) bolehlah dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.
Orang yang hilang kelayakan daripada menjadi anggota
Lembaga di bawah seksyen 8 adalah juga tidak layak untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota suatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
Seseorang anggota suatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun daripada wang Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.