Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Lembaga

11. Kuasa Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala benda yang perlu atau sesuai dilakukan bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa—

(a)

membuat kontrak;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

(b)

mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta itu;

(c)

melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik;

(d)

memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuklah kemudahan latihan kepada pihak berkuasa percukaian negara lain;

(e)

mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga;

(f)

memberikan pinjaman kepada pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga;

(g)

menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga;

(h)

menyediakan latihan untuk pekerja

Lembaga dan memberikan biasiswa atau selainnya membiayai latihan itu;

dan

(i)

melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, kuasa Lembaga tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah atau orang yang memegang mana-mana jawatan dalam Jadual Ketiga.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 17

Report

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules