Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Lembaga
14. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
Feedback & support(1)
Menteri boleh memberi Lembaga apa-apa arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi Lembaga dan Lembaga hendaklah memberikan kuat kuasa kepada segala arahan sedemikian.
(2)
Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.