Seksyen 69
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 69
Tunggakan nafkah yang tak bercagar,-sama ada—kena—dibayarmenurutperjanjianataudi bawah sesuatu—perintah—Mahkamah, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendak-lah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pesakanya.
(2)
Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang ter-kumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.