Seksyen 71
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
ActIn forceProvision 65 of 121
Seksyen 71
(1)
Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapat-kan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.
(2)
Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti—
(a)
jika tempoh ‘iddah telah tamat; atau
(b)
jika tempoh penjagaan anak telah tamat; atau
(c)
jika perempuan itu telah berkahwin semulayoo~
()-->
dan sesudah itu suami boleh memohon kepada
Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.
[Bah. VI, S. 72-73]