Skip to content

Seksyen 78

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 51

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 72 of 121
Seksyen 78
(1)

Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mah-kamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(2)

Kewajipan yang ditanggungkan oleh subseksyen

(1)

hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa

/pergi oleh bapa atau ibunya.

(3)

Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki pada menanggung nafkah seseorang kanak-kanak sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut sebagai-suatu-hutang daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.