Skip to content

Seksyen 72

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 49

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 66 of 121
Seksyen 72
(1)

Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menang-gung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam

Jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagai-mana yang munasabah memandang kepada kemam-puan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya,

(2)

Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah

Hukum Syara’, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.