Seksyen 80
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 80
Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sah-taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol,
Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.
(2)
Jika tuntutan terha ap bapa yang disangkakan, tuntutan itu hendaklah dibawa, dalam Mahkamah
Majistret yang mana boleh memerintahkan bapa itu memberi apa-apa elaun| bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.
(3)
Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.