Seksyen 74
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
ActIn forceProvision 68 of 121
Seksyen 74
(1)
Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripadanya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagian-nya daripada pendapatan harta itu.
(2)
Kemungkiran mematuhi perintah menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu meletakhak apa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.